Isnin, 29 Jun 2009

Pengerusi PASTI Kota Raja ke Arab Saudi

Pengerusi PASTI Kawasan Kota Raja Sdr Mohd Ryne Abdullah telah dihantar bertugas ke negara Arab Saudi pada 26 Jun yang lalu oleh majikannya. Ryne akan berada di negara itu selama 5 bulan sehingga bulan November 2009. Sehubungan dengan itu, jawatan Ryne dipangku oleh Timbalan Pengerusi PASTI kawasan Sdr Mohd Noor Basiron.


Mohd Ryne                         Mohd Noor

Hari Buku Laporan Kemajuan Pelajar PASTI Syaidatina Aisyah

Pasti Syaidatina Aisyah, Cawangan Bukit Naga telah mengadakan Hari Buku Laporan Kemajuan Pelajar pada 26 Jun 2009 yang lalu. Di hari tersebut ibu bapa dan penjaga pelajar dapat bertemu dan berbincang empat mata dengan guru-guru PASTI sendiri berhubung prestasi syahsiah dan akademik anak-anak mereka. Sokongan yang ditunjukkan oleh ibu bapa amat menggalakkan dan besar ertinya kepada phak sekolah dan yang lebih penting kepada anak-anak. Sudah tentu anak-anak akan merasakan yang ibu bapa sangat mengambil berat tentang diri mereka.

Isnin, 22 Jun 2009

PESTA SUKAN PASTI MALAYSIA

Pesta Sukan PASTI Malaysia telah berlangsung dengan jayanya dengan Selangor sebagai tuan rumah pada 19-20 Jun 2009 di Universiti Industri Selangor (UNISEL), Bestari Jaya. Sebanyak 13 kontinjen dari negeri-negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah telah menyertai Pesta Sukan PASTI pada kali ini.

Tahniah kepada PASTI Negeri Selangor kerana menjadi Juara Pertandingan Bola Sepak dan Naib Juara Pertandingan Bola Jaring serta dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pesta Sukan PASTI Malaysia 2009.

PASTI Kawasan Kota Raja telah menghantar para petugas untuk membantu pihak urusetia PASTI Selangor melancarkan perjalanan pesta sukan dari mula hingga akhir.


Sekitar Pesta Sukan PASTI Malaysia - meriah

Kontinjen PASTI Selangor




Pasukan Bola Sepak dan Bola Jaring sedang beraksi


Guru-guru PASTI Kota Raja yang bertugas


Setiap kali program besar PASTI Selangor, pasti Kota Raja jadi pilihan untuk tugas pengacara. Sdr Mahmud memberi pose istimewa untuk peminatnya.


Lajnah Ekonomi DPP Kota Raja tidak melepas peluang berurusniaga dengan yang kehausan.

Berita penuh layari:
http://pestasukanpastimalaysia09.blogspot.com

Isnin, 15 Jun 2009

Pameran PASTI di Karnival Usahawan Rakyat

Sempena Karnival Usahawan Rakyat yang diadakan pada 13-14 Jun 2009 di Jalan Kebun anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP Zon 11) MBSA dan JKKK Kg Jalan Kebun, PASTI Kawasan Kota Raja tidak melepaskan peluang menyediakan galeri pameran PASTI untuk para pengunjung di karnival ini. Taklimat berkaitan PASTI dan risalah pendaftaran kemasukan pelajar tahun 2010 turut diedar kepada orang ramai. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Yaakob bin Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor.


En Razif bin Maslan Pegawai Sektretariat Parlimen Kota Raja dan wakil PASTI En Azman bin Mohd Mah Husin di booth PASTI.

Isnin, 1 Jun 2009

Pesta Sukan PASTI Selangor

Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor telah diadakan pada 31 Mei 2009 di kampus Universiti Industri Selangor (UNITEN), Bestari Jaya, Selangor. Seramai 40 buah pasukan bola sepak dan bola jaring daripada 22 buah kawasan di Selangor telah mengambil bahagian. PASTI Kawasan Kota Raja juga tidak ketinggalan mengambil bahagian di pertandingan ini dengan menghantar 2 pasukan bola sepak dan bola jaring. Walaupun gagal ke final, namun kegigihan dan semangat juang yang tinggi yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan Kota Raja amat membanggakan.

Pesta Sukan PASTI negeri Selangor kali ini dirasmikan oleh YB Dr Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.


Pasukan Kota Raja bergambar dengan pasukan Kuala Langat


Bersalaman sebelum memulakan perlawanan


YB Dr Zulkifli Ahmad dalam acara 'melepaskan bola' tanda bermula perlawanan




Perlawanan sengit antara dua pasukan


Pengerusi PASTI Kawasan Kota Raja menerima sijil penyertaan untuk pasukan.