Isnin, 17 Ogos 2009

Kursus Pembinaan Laman Web

15 Ogos, Sabtu, 3 orang wakil PASTI Kawasan Kota Raja telah mengikuti kursus Pembinaan Laman Web di e2L, Damansara Utama bersama 34 orang lagi wakil  daripada PASTI Selangor. Kursus yang kadar yurannya bernilai RM 1 ribu seorang peserta itu telah dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat ternama di sini. Sepanjang kursus, para peserta didedahkan dengan asas pembinaan laman web menggunakan perisian Dreamweaver CS3.



  

Jumaat, 14 Ogos 2009

Pekeliling Influenza H1 N1 (Selesema Babi)



Penularan wabak H1 N1 ini telah mengorbankan ramai nyawa di seluruh negara. Justeru, PASTI di semua peringkat dinasihati mematuhi langkah-langkah berikut :
  1. Mendapatkan maklumat daripada media massa dan memberikan taklimat tentang bahaya wabak ini kepada semua guru dan murid-murid PASTI.
  2. Mematuhi langkah-langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan berkenaan penjagaan kebersihan di semua premis PASTI.
  3. Menasihati penjaga-penjaga supaya mengambil tindakan segera menghantar anak-anak menjalani pemeriksaan di pusat kesihatan jika dijangkiti demam.
  4. Memasukkan slot doa mohon dihindarkan oleh ALLah SWT. daripada wabak ini pada setiap perhimpunan pagi .
  5. Tindakan menutup PASTI selama seminggu boleh diambil oleh pengurusan PASTI di peringkat cawangan jika terdapat murid-murid yang disahkan telah dijangkiti Influenza H1 N1 (selesema babi) ini.
- PASTI MALAYSIA

Rabu, 12 Ogos 2009

Pertunjukan Sains

12 Ogos 2009, Rabu, Pasti Nurul Hidayah dan Pasti At-Taqwa Jalan Kebun mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara. Di samping melihat pelbagai pameran interaktif sains dan pengetahuan am, para pelajar Pasti juga terlibat dengan 'Science Show' yang diadakan.




Isnin, 10 Ogos 2009

Kursus Huraian Sukatan Mengajar 5 Tahun

Kursus Huraian Sukatan Mengajar Pelajar 5 tahun telah diadakan pada 7-9 Ogos 2009 lalu di Mappetra Sg Lui, Hulu Langat. Seramai 134 orang guru PASTI dari seluruh Negeri Selangor telah menghadiri kursus ini. PASTI Kawasan Kota Raja juga tidak ketinggalan dengan menghantar 7 orang guru.

Sebahagian peserta kursus sedang menyiapkan tugasan dalam sesi bengkel.