Isnin, 7 Mac 2011

Kursus Pemantapan Guru PASTI Kota Raja

Kursus Pemantapan Guru PASTI Kawasan Kota Raja telah diadakan pada 4 hingga 5 Mac 2011 bertempat di Markaz PAS Bukit Naga. Seramai 34 orang guru PASTI daripada PASTI cawangan-cawangan di Kota Raja telah mengikuti kursus 2 hari ini hingga ke penghujung program. Sepanjang kursus, guru-guru didedahkan dengan Kurikulum 4 Tahun (K4T) dan Pengajaran dan Pembelajaran (PNP) PASTI. Disamping itu slot motivasi juga telah disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Uda Kasim dan Cikgu Jaafar Shamsudin, YDP PAS Kawasan turut memberikan perangsang kepada guru-guru yang hadir. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YgBhg Sdr Mohd Aslam Khanani, Setiausaha PASTI Negeri Selangor.