Rabu, 24 Februari 2010

Ustaz Hambari Dalam Kenangan

Ustaz Haji Hambari bin Haji Nor telah kembali ke rahmatullah pada 21 Februari 2010 yang lalu ketika berusia 69 tahun kerana barah usus. Almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Kebun dan diiringi oleh ratusan sahabat handai dan kenalan. Almarhum adalah insan istimewa (link) yang banyak menyumbang kepada pembangunan PASTI Kota Raja terutamanya PASTI Syaidatina Aisyah Bukit Naga yang didirikan di tanah pemberian almarhum. Di atas jasa-jasanya itu, PASTI dan DPP Kota Raja telah menganugerahkannya 'Tokoh PAS Kota Raja" di majlis makan malam "PASTIku berAMAL" (link) pada 6 Disember 2009 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Al-fatihah...


Presiden PAS, YB TG Datuk Seri Hj Abdul Abdul Hadi Awang menyampaikan anugerah Tokoh PAS kepada Almarhum Ustaz Hambari.

Rabu, 17 Februari 2010

Gotong Royong PASTIku berAMAL

Pada 16 Februari lalu, PASTI Kawasan dengan kerjasama Jabatan Amal Kawasan Kota Raja telah mengadakan gotong-royong menambah keceriaan PASTI An-Nur Islam di Putra Height. Program ini adalah sebahagian perancangan PASTI Kawasan Kota Raja membantu beberapa PASTI di kawasan ini melalui tabung dana pembangunan PASTI yang diwujudkan. Pada 6 Disember 2009, Majlis makan malam PASTIku berAMAL (Link) telah diadakan untuk mengumpul dana pembangunan PASTI yang sebahagian daripada hasil kutipan telah disalurkan kepada PASTI yang memerlukan. 


Kerja-kerja mengecat giat dijalankan.

Tn Hj Hakim, mantan KPP, kini ALP Amal Selangor turut turun padang.


Kecerian nampak menyerlah

Isnin, 8 Februari 2010

Mesyuarat PASTI Negeri Selangor

7 Feb, Mesyuarat PASTI Negeri Selangor berlangsung di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam. Mesyuarat yang bermula jam 10 pagi hingga 3 petang tanpa henti membincangkan banyak perkara berkaitan perjalanan PASTI Negeri Selangor dan PASTI kawasan-kawasan. Turut diputuskan dalam mesyuarat ini ialah PASTI kawasan Kota Raja akan menjadi tuan rumah kepada Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor pada 24 April 2010 nanti.


Isnin, 1 Februari 2010

Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI

30 Jan 2010, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia 2009 telah diadakan di Auditorium Utama, Fakulti Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dan dirasmikan oleh YBhg. Encik Ahmad Sabki Yusof, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Majlis penganugerahan ini melibatkan murid-murid cemerlang 5 dan 6 tahun daripada seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Ucapan Cikgu Azrin Ab Majid, Ketua Pengarah PASTI dan perasmian oleh En Ahmad Sabki Yusof.

Persembahan Nasyid daripada PASTI Puchong.

Sebahagian yang hadir di majlis ini.


Penerima Anugerah bergambar kenangan