Rabu, 29 Julai 2009

Kota Raja dapat Ketua MGP baru

Mesyuarat Agung Tahunan Ke Dua Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Kota Raja telah diadakan pada 27 Julai 2009 yang lalu di Dewan Dato' Fadzil Noor, Bangunan PAS Kota Raja. Berikut adalah senarai Jawatankuasa MGP Kota Raja bagi sesi 2009-2011. Ketua: Pn Hjh Dzulina bt Mohd Hussain (gambar), Timbalan Ketua: Pn Hafizah bt Imran, Setiausaha: Pn Noraini bt Abdul Rahman, Pen Setiausaha: Pn Hjh Zainiah bt Abu Bakar, Bendahari: Pn Dewi Masita bt Nasir, Ahli Jawatankuasa: Pn Salimah bt Sarkawi, Pn Hjh Jaliah bt Said, Pn Marina bt Abdullah, Pn Ruminah bt Ali, Pn Noranita bt Yusof, Pn harisah bt Razali, Pn Suria bt Yusof, Pn Nor Hidayah bt Mat Zabidi, Pn Robisam bt Samsudin dan Pn Mahana bt Mat Isa.


Rabu, 22 Julai 2009

Bila pelancong asing bertemu pelajar Pasti...

Fenomena pelajar Pasti mungkin perkara biasa kita lihat di mana-mana. Namun lain jadinya bagi pelancong asing. Baru-baru ini pelajar-pelajar Pasti Al-Huda Taman Sentosa yang melawat Putrajaya dikerumuni oleh sekumpulan pelancong asing. Apa yang menarik minat pelancong ini sehingga jenuh pelajar-pelajar Pasti melayani gelagat mereka. Yang pasti, anak-anak Pasti ini adalah sebahagian daripada keunikan yang ada di tanahair kita yang mereka abadikan sebagai sesuatu yang amat istimewa.






Program Ziarah


PASTI Kawasan Kota Raja menziarah Pn Harisah Ismail, guru PASTI Al-Huda Taman Sentosa yang baru melahirkan cahaya mata lelaki di kediamannya baru-baru ini. PASTI yang turut diwakili Pn Noraini Abdul Rahman, Setiausaha Majlis Guru PASTI (MGP) kaw Kota Raja telah menyampaikan sumbangan Khairat Kesyukuran PASTI Pusat kepada Pn Harisah sebanyak RM200. Tahniah!

Selasa, 21 Julai 2009

Kota Raja tambah 3 buah PASTI baru 2010 (update)

Pasti Kawasan Kota Raja akan menambah 3 buah PASTI baru pada tahun 2010. Tiga cawangan Pasti tersebut ialah di Kg. Baru Hicom, Kg. Bukit Lanchong dan Taman Sri Andalas. Perkara ini dinyatakan dalam satu majlis taklimat PASTI kawasan Kota Raja di Markaz PAS Bukit Lanchong pada 20 Julai lalu dan dihadiri oleh wakil-wakil Pas daripada kedua-dua cawangan tersebut. Usaha untuk merealisasikan penubuhan Pasti ini sedang rancak dijalankan melalui kempen pendaftaran pelajar untuk sesi 2010. Di Kg Bukit Lanchong, bangunan Pasti sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tidak berapa lama lagi. Manakala bakal guru Pasti di Kg baru Hicom telah mengikuti kursus-kursus perguruan anjuran Pasti Negeri Selangor. Pasti Sri Andalas pula sedang dalam usaha pendaftaran penubuhannya. Pasti Kawasan Kota Raja melalui perkembangan yang memberangsangkan dari aspek peningkatan jumlah Pasti dan pelajarnya semenjak persempadanan semula kawasan Parlimen Shah Alam. Bermula daripada 4 buah Pasti pada tahun 2004, kini jumlah Pasti Kawasan Kota Raja akan menjangkau 11 buah. Keterangan lanjut pendaftaran pelajar dan sumbangan boleh hubungi Sdr Abd Fatah (Kg Bukit Lanchong) 012-3871896 dan Tn Hj Abd Manan (Kg Baru Hicom) 017-2186352.

Sabtu, 11 Julai 2009

Murid rabun azam kekal juara azan


KOTA BHARU: “Walaupun mengalami kekurangan berbanding rakan lain, ia tidak mematahkan semangat untuk mencapai kejayaan,” kata Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 11, kanak-kanak cacat penglihatan yang bergelar juara pertandingan azan dan nasyid peringkat kebangsaan empat kali berturut-turut sejak 2006.

Murid tahun empat Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh itu, berkata dia menanam minat terhadap bidang itu sejak berusia empat tahun selepas memasuki
Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam (Pasti) selain galakan ibu bapa.

Muhammad Qayyim berkata, dia bertekad mengekalkan gelaran juara yang disandang itu dengan menyertai pelbagai pertandingan azan dan nasyid terutama di peringkat kebangsaan.

“Ayah dan ibu saya (Sarimi Yusof, 42, dan Rozan Mohamed, 36) sering memberi galakan menyertai pertandingan...minggu depan, saya bersama enam rakan akan mewakili negeri dalam pertandingan nasyid di Kuantan, Pahang,” katanya.

HARIAN METRO 11 Julai 2009 http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090710065224/Article/index_html

Jika sesekali terdengar azan berkumandang di stesen radio Kelantan FM dan Klasik Nasional yang seakan-akan bukan suara seorang dewasa, ia sebenarnya suara milik Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.
.........

Kumpulan nasyid Shoutul Wildan mula ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Kampong Sireh, Kota Bharu, Kelantan pada bulan Mac 2009.Terdiri daripada 10 orang ahli. Kumpulan ini diasaskan oleh Hjh.Hashimah Mohd Ariffin. Kumpulan ini dilatih oleh profesionalist yang didatangkan khas daripada kumpulan nasyid Shoutul Muhammadi, Maahad Muhammadi Lelaki iaitu Mohd Amir Kholis. Sebarang jemputan persembahan bolehlah menghubungi Hjh. Hashimah, 0139846153.
Muhammad Qayyim Nizar 2 dari kanan

Jumaat, 10 Julai 2009

Program Gerakan Membaca PPAS

Pada 4 Julai 2009 yang lalu PASTI Kawasan Kota Raja telah menghantar 3 orang pelajar PASTI menyertai Program Gerakan Membaca 2009 Peringkat Daerah Klang anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang. Program ini terbuka kepada semua tadika daerah Klang dan dirasmikan oleh YB Dr Hj Abd Rani Osman. Sebanyak 4 acara telah dipertandingkan iaitu Kuiz Sejarah Selangor, Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat, Pertandingan Tulisan Jawi dan Pertandingan Baca Cepat. Peserta Kota Raja telah mendapat hadiah saguhati. Tahniah.




Selasa, 7 Julai 2009

ALP PASTI Pusat sesi 2009-2011

Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengumumkan pengstrukturan baru Ahli Lembaga Pengarah (ALP) bagi sesi 2009-2011 pada 4 Julai 2009. Berikut adalah senarai nama yang dilantik menganggotai ALP PASTI Malaysia (Pusat).



USTAZ NASRUDIN HASSAN AT-TANTAWI 

Penaung PASTI


AZRIN AB MAJID 

Ketua Pengarah


ABDUL KADER DEWA

Timbalan Ketua Pengarah

Sektor Pengurusan


ROSEMAN ABD RAHMAN

Timbalan Ketua Pengarah

Sektor Akademik


HASHAN ALADI

Timbalan Ketua Pengarah

Sektor Pembangunan & Penyelidikan


ZURAIDIN ABDULLAH

Timbalan Ketua Pengarah

Sektor Ekonomi


DR MUHAMAD ZAHIRI AWANG MAT

Timbalan Ketua Pengarah

Sektor KAFFAH


HAJI ROSLI SUHAIME

Setiausaha


AHMAD SUBHI MARZUKI CHE AB RAZAB

Penolong Setiausaha


KAMARUL ARIF AMBAK

Setiausaha Eksekutif


MAZLI ARSHAM ABDULLAH

Bendahari


ABDUL KADER DEWA

Pengarah Bahagian Pengurusan & Pentadbiran


SAMILA SAID

Pengarah Bahagian Kebajikan


MOHD NURI MAT YAACOB

Pengarah Bahagian Latihan Strategik


SAIFUL BAHARI KHAMIS

Pengarah Bahagian Komuniti PASTI


MOHD ROZI MALEK

Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum


ROSEMAN ABD RAHMAN

Pengarah Bahagian Kurikulum


KHAIRIAH MOHAMAD

Pengarah Bahagian Pembinaan Bahan


MOHD SHAHIR ABD RAHMAN

Pengarah Bahagian Peperiksaan Awam


MARUL HAIRI

Pengarah Bahagian Peperiksaan


RIDZUAN JAAFAR

Pengarah Bahagian Penaziran


HASHAN ALADI

Pengarah Bahagian Latihan Guru


DR SUPYAN HUSIN

Pengarah Bahagian Penyelidikan


MOHD ZAMADI OMAR

Pengarah Bahagian Dokumentasi


ROSLI DARUS

Pengarah Bahagian Latihan Pengurus


MOHD HALIM MAHPHOTH

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan


ZURAIDIN ABDULLAH

Pengarah Bahagian Koperasi


MUHAMAD SHAZWAN ZULKIFLI

Pengarah Bahagian Projek Khas


AZMAN MOHD MAH HUSIN

Pengarah Bahagian Penerbitan


NORAZLAN JAN

Pengarah Bahagian Pembekalan Buku Teks


SYED MOHD AZLI SY. M KAMARUZAMAN

Pengarah Bahagian Pengurusan KAFFAH


ROZAIMI MOHAMAD

Pengarah Bahagian Kurikulum KAFFAH


ZULKIFLI ISMAIL

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Murid KAFFAH


ZAINI HITAM

Pengarah Bahagian Penilaian & Pengukuran


NADHIRAH ABD AZIZ

Pengarah Bahagian P&P


AHMAD SUBHI  MARZUKI CHE AB RAZAB

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Guru