Rabu, 27 Januari 2010

Lawatan ke PASTI

26 Jan 2010, Jabatan Pasti Kawasan Kota Raja yang diketuai oleh Pengerusinya, Sdr Rynee Abdullah hari ini membuat lawatan ke PASTI An-Nur Islam, Putra Height dan PASTI Nurul Hidayah, Kg Bukit Lanchong. Turut hadir Sdr Mohd Al-Hariz Adzhan (Setiausaha) dan Sdr Azman Mohd Mah Husin (Bendahari). Kehadiran mereka pada awal pagi lagi adalah untuk meninjau perkembangan dan membuat pemantauan perjalanan kedua-dua buah PASTI ini. PASTI Nurul Hidayah Kg Bukit Lanchong adalah PASTI yang baru dibuka pada tahun 2010. Pengurusnya, Ustaz Abdul Fatah telah memberi penerangan ringkas tentang perjalanan awal PASTI dalam pertemuan ini. Rombongan juga sempat melawat Tadika Al-Iqbal Seksyen 26 bertemu dan mengadakan sedikit perbincangan dengan pemilik tadika, Pn Wan Azizah.

Pada 25 Januari yang lalu, lawatan Penaziran PASTI Negeri Selangor oleh Pn Maimon Saidan telah melawat 2 buah PASTI di kawasan ini iaitu PASTI Syadatina Aisyah, Bukit Naga dan PASTI Nurul Hidayah, Jalan Kebun.


Kelas PASTI Nurul Hidayah Kg Bukit Lanchong berjalan dengan baik.


Perbincangan dengan guru PASTI An-Nur Islam Putra Height, Pn Nurul.

Sabtu, 23 Januari 2010

Tamrin dan Jambori Guru PASTI Kedah

Tamrin dan Jambori Guru PASTI Negeri Kedah di Sg Sedim cukup menarik untuk dikongsi pengalamannya dan difikir-fikirkan oleh PASTI dan Jabatan Amal Kota Raja. Info lanjut layari: http://unitamalkedah.blogspot.com/2009/07/tamrin-dan-jambori-guru-pasti-kedah.html

Pelbagai aktiviti dijalankan bersama PASTI dan Jabatan Amal

Isnin, 18 Januari 2010

Kursus Perguruan Asas dan Kursus Pengurusan PASTI

Pada 15 hingga 17 Jan '10 yang lalu berlangsung Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP 1 & 4) di D'Congkak Forest, Hulu Langat. Seramai lebih 200 orang guru Pasti dari seluruh Negeri Selangor yang terdiri daripada guru-guru baru dan guru-guru yang melengkapkan kursus modul 4 telah menyertai kursus 3 hari ini. Kawasan Kota Raja telah menghantar 12 orang guru pada kali ini. Sementara itu, Kursus Pengurusan PASTI juga telah diadakan di Suara Rimba Resort tidak jauh dari D' Congkak Forest. Penyertaan daripada kalangan para pengurus dan bendahari PASTI kawasan dan cawangan amat menggalakkan termasuk 5 orang wakil daripada Kota Raja. Peserta telah didedahkan dengan ilmu pengurusan pentadbiran dan kewangan yang amat penting dalam pengurusan PASTI sepanjang kursus 2 hari yang bermula pada 16 hingga 17 Januari 2010 yang lalu.

Sebahagian guru Pasti yang mengikuti Kursus KAPP 1 & 4


Para Pengurus dan Bendahari PASTI di Kursus Pegurusan di Suara Rimba Resort

Bengkel Buku Kreativiti MGP kawasan Kota Raja

9 Januari 2010, Bengkel membinaan buku kreativiti PASTI anjuran Majlis Guru PASTI (MGP) kawasan Kota Raja telah diadakan di dewan MBSA Kg. Sungai Kandis. Bengkel ini telah disertai oleh 23 orang guru dari cawangan-cawangan PASTI dalam kawasan Kota Raja. Pengerusi PASTI Kawasan Kota Raja, En. Mohd Ryne Bin Abdullah telah merasmikan program sehari ini. Matlamat dan objektif program ini adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan serta menyelaraskan aktiviti kreativiti PASTI Negeri Selangor. Disamping itu juga, mendedahkan guru-guru PASTI agar lebih kreatif dan berinovatif.

Suasana program sedang berlangsung.

Sesi penerangan oleh Pn Noraini, Setiausaha MGP Kawasan Kota Raja.


Ketua MGP Kawasan Kota Raja, Pn. Dzulina sedang memberi bimbingan kepada guru-guru dalam bengkel kreativiti



Guru-guru sedang berkreativiti.



Isnin, 4 Januari 2010

Pendaftaran murid Pasti sesi 2010



Hari ini, 10 buah Pasti kawasan Kota Raja termasuk 2 buah Pasti baru memulakan sesi persekolahan tahun 2010. Sejak jam 7.30 pagi lagi ibu bapa telah berpusu-pusu ke Pasti untuk mendaftarkan anak-anak mereka belajar di institusi prasekolah Islam ini. Hari pertama sahaja hampir semua Pasti memperlihatkan sambutan yang amat menggalakkan dan beberapa Pasti menunjukkan peningkatan jumlah pelajar yang ketara. Pasti al-Khauthar Kota Kemuning yang baru memasuki tahun kedua penubuhannya telah menerima kemasukan murid seramai 65 orang berbanding 26 orang murid pada tahun 2009. Begitu juga jumlah murid Pasti Syaidatina Aisyah Bkt Naga yang telah mencecah lebih 140 orang dan Pasti al-Amanah 130 orang. 2 buah Pasti baru iaitu Pasti As-Syifa' Sri Andalas dan Pasti Nurul Hidayah Bukit Lanchong yang mula beroperasi hari ini juga mula menerima pendaftaran murid yang dijangka meningkat dalam masa seminggu ini.