Selasa, 18 Oktober 2011

Peperiksaan Akhir tahun PASTI

18 Oktober: Hampir 70 ribu murid PASTI 5 dan 6 tahun di seluruh Malaysia menduduki Peperiksaan Setara Akhir Tahun PASTI 2011 kali ini. Di Selangor, seramai 15 ribu pelajarnya di semua 225 cawangan PASTI telah mula menjawab soalan peperiksaan semenjak Isnin lalu. Peperiksaan lisan akan bermula sebaik tamat peperiksaan bertulis pada minggu ini. PASTI Selangor mengadakan peperiksaan setara dua kali iaitu pada pertengahan dan akhir tahun. Murid-murid PASTI yang memperolehi keputusan cemerlang akan dipilih untuk menduduki peperiksaan setara peringkat Kawasan dan seterusnya peringkat Negeri. Hari Kecemerlangan Pelajar PASTI Malaysia akan diadakan pada bulan Disember nanti untuk menabalkan murid-murid PASTI yang cemerlang dalam peperiksaan ini.





Sebahagian murid PASTI At-Taqwa Jalan Kebun, Kota Raja sedang menjawab soalan peperiksaan.

Rabu, 12 Oktober 2011

Selangor Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2011

Kuala Kangsar, 17 September: Tahniah pada kontingen PASTI Negeri Selangor kerana berjaya merangkul juara keseluruhan dalam pertandingan Alam Ria PASTI Malaysia 2011. Majlis gilang gemilang telah berlangsung dengan jayanya dan disertai oleh 12 buah negeri. PASTI Selangor meraih 4 kejuaraan dalam acara bercerita lelaki, hafazan lelaki, hafazan perempuan dan Nasyid. Bagi acara sajak di tempat kedua.


Majlis penutup dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia dan ALP Negeri-negeri. Tahniah Seluruh jawatankuasa pelaksana Alam Ria PASTI Malaysia 2011.