Ahad, 22 Disember 2013

subjek pra tahfiz

subjek pra tahfiz yang akan diperkenalkan dan diterapkan dalam sistem pendidikan PASTI sejajar dengan misi dan visi kerajaan negeri selangor yang mahu melahirkan generasi celik al-Quran kata pengerusi PASTI Kota Raja Mohd Ryne Abdullah. perkara ini mungkin menjadi persoalan di kalangan ibu-bapa adakah mata pelajaran yang sedia ada tidak mencukupi untuk mendidik dan melahirkan anak-anak yang soleh dan bertaqwa? bagi kami, PASTI Kota Raja hanya menginginkan yang terbaik untuk anak didik kami. Tambahan pula banyak kelebihan menghafaz al-Quran di antaranya ialah dapat melantik seseorang itu menjadi  pemimpin.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

dengan ini menjadi harapan bagi PASTI Kota Raja untuk mendidik dan melahirkan generasi- generasi rabbani yang akan memimpin masyarakat pada masa akan datang. Kata pengerusi lagi beliau berharap semua PASTI cawangan Kota Raja dapat melaksanakan subjek ini dengan jayanya meskipun terdapat penambahan dari segi yuran dan waktu persekolahan. wallahu a'lam.

Isnin, 1 April 2013

Iklan Pesta Sukan PASTI Kawasan Kota Raja

Untuk Tapak gerai jualan hubungi Sdr, Azrin Sa'ya: 013-2387550

Sukaneka PASTI Saidatina Aisyah







17 Mac 2013, Bukit Naga: Tahniah kepada PASTI cawangan kerana berjaya mengadakan  sukaneka tahunan seperti digariskan PASTI Malaysia. Program yang bermula seawal jam 8pagi ini telah dihadiri hampir 230 orang keluarga. Ini bagi meraikan seta memberi sokongan pada anak-anak mereka bagi menjuarai setiap acara individu serta berkumpulan. Acara sukan ini turut dibuka untuk para ibu bapa serta alumni PASTI. Diharap cawangan dpt meneruskan program seperti ini bagi merapatkan silaturahim antara pelanggan PASTI dan warga PASTI.

Selasa, 15 Januari 2013

Perasmian Bangunan Baru PASTI di Bukit Lanchong

15Jan2013, Bukit Lanchong: Alhamdulillah, berkat kesunguhan jemaah pengurusan PASTI Nurul Hidayah, Bukit lanchong bangunan yang selama ini ditunggu telah berjaya disiapkan. Seawal penubuhan PASTI ini bertapak di markas PAS cawangan Bkt Lanchong iaitu pada tahin 2010. Keinginan mereka ingin memiliki bangunan sendiri demi keselesaan pembelajaran dan pengajaran ditangguhkan atas faktor kewangan.

Selama 3 tahun jemaah pengurusan berusaha mencari dana iaitu sumbangan para jemaah dan orang ramai untuk mendirikan bangunan sendiri. Tapak bangunan telah diwaqafkan oleh jemaah PAS sendiri bagi mendirikan bangunan PASTI untuk memberi pendidikan awal penduduk setempat. Majlis dimulakan dengan solat fardhu berjemaah, solat hajat serta tahlil. Majlis diteruskan dengan jamuan serta ucapan aluan dari pengurus cawangan serta perasmian dijalankan oleh Yb. Dr. Siti Mariah bt Mahmud. PASTI Kawasan Kota Raja mengucapkan tahniah diayas kejayaan cawangan membangunkan bangunan baru. Semoga PASTI Nurul Hidayah terus berkembang maju.