Ahad, 25 April 2010

Blog Alumni PASTI Malaysia dilancar

Alumni PASTI Malaysia telah dilancarkan oleh YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan besemperna Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PASTI Malaysia di Dataran Stadium Kota Bharu Kelantan pada 30 Oktober 2009 yang lalu. Sekiranya anda adalah di antara bekas murid PASTI sila layari  http://alumnipastimalaysia.blogspot.com untuk keterangan lanjut.

Blog Alumni PASTI


Jawatankuasa Alumni PASTI Malaysia (berbaju biru) bergambar kenangan bersama ALP PASTI Pusat dan murid PASTI yang memperagakan unifom baru PASTI di Kota Bharu.

Sabtu, 24 April 2010

Sukan PASTI Syaidatina Aisyah

Kg Bukit Naga, 18 April: Pasti Saidatina Aisyah telah mengadakan Sukan Tahunan kali ke 11 di Dewan MBSA Seksyen 32, Kg Bukit Naga Shah Alam. Kehadiran ibu bapa dan pelajar amat menggalakkan sehingga mencecah lebih 500 orang. Majlis perasmian disempurnakan oleh YgBhg. En Buang bin Hj Ismail, Pengerusi JKKK Kg Bukit Naga. Sukan PASTI pada kali ini yang berkonsepkan 'indoor sport' bukan sahaja melibatkan murid-murid PASTI, namun lepasan pelajar Pasti, guru-guru, ahli jawatankuasa dan ibu bapa yang hadir juga turut bersama menyertai beberapa acara sukan yang diadakan. Majlis berakhir jam 2 petang dan disempurnakan penutupannya oleh Timbalan Pengarah PASTI Negeri Selangor, En Mohamad Rozi Malik. Di majlis ini juga, pengurus PASTI Saidatina Aisyah Tuan Hj Maskor Idris memaklumkna kepada ibu bapa bahawa satu tabung dana telah dilancarkan bagi membeli tanah tapak permainan bernilai RM80 ribu yang kini diizinguna oleh pemilik tanah kepada Pasti. Usaha ini perlu dilakukan sekarang khususnya bagi menambahbaikan pembangunan serta kelangkapan untuk memenuhi keperluan semasa.

Ibu bapa berpusu-pusu ke tempat berlangsungnya sukan di awal pagi lagi.


Kemeriahan Sukan PASTI amat dirasakan pada kali ini.

Khamis, 15 April 2010

Pesta Sukan PASTI Selangor pada 9 Mei 2010


Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor kembali lagi pada tahun ini dengan Kota Raja diberi kepercayaan sebagai tuan rumah pada 9 Mei 2010 di Kompleks Sukan Klang, Seri Andalas Klang, Selangor. Sebanyak 22 buah kawasan akan bertanding dalam acara sukan bola sepak dan bola jaring yang melibatkan 44 buah pasukan dari seluruh negeri Selangor. Pada tahun 2009 yang lalu, PASTI Kawasan Hulu Langat telah mengungguli perlawanan bola sepak dan PASTI Gombak pula johan dalam acara bola jaring yang diadakan gilang gemilang di Universiti Industri Selangor (Unisel) Kuala Selangor (link). Mampukah pasukan PASTI Kota Raja membawa pulang piala pusingan dalam genggaman Kuala Langat pada tahun ini? Kita nantikan di kejohanan ini nanti. Semua dijemput hadir