Rabu, 14 Julai 2010

PASTI Selangor Juara Lagi

27 Jun 2010: PASTI Selangor sekali lagi merangkul juara keseluruhan Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 di pulau mutiara Pulau Pinang selaku tuan rumah kejohanan pada tahun ini. Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 ini telah disertai oleh 13 buah negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah. Berikut adalah keputusan perlawanan kedua-dua perlawanan bola sepak dan bola jaring.

Bola Sepak
Johan- PASTI Negeri Selangor
N. Johan- PASTI Negeri Kelantan
Ketiga- PASTI Negeri Perak

Penjaring terbanyak : 
Adik Lokman Hakim (5 gol)-PASTI Negeri Selangor
Pemain terbaik : 
Adik Mohd Fakrulrazi Ahmad Shamsuri.-PASTI Negeri Selangor

Bola Jaring
Johan- PASTI Negeri Terengganu
N. Johan- PASTI Negeri Kedah
Ketiga- PASTI Negeri Selangor

Penjaring terbanyak : 
Adik Siti Ainun Majah Zulkifli (25 gol)-PASTI Negeri Terengganu
Pemain terbaik :
Adik Adlin Aqilah Kamarulhisyam-PASTI Negeri Terengganu

Persiapan perbarisan kontigen PASTI Negeri Selangor

Suassana majlis perasmian

VIP dan barisan ALP PASTI Malaysia

Suassana sekitar pesta sukan

" pasing sini, cepat-cepat!!!"

ya.. masuk lagi...

Wajah MGP Selangor melihat anak murid bermain.. mencemaskan...

Saat cemas pasukan Kelantan

wah, ada gaya shoalin soccer la...

Juara Bola Jaring dari Terengganu

"Ha, ini dia pemain terbaik Selangor, sepak macam D. Beckham tu.."

"Ini dia penjaring terbanyak tahun ini..."

Kenangan bersama pemain, ALP, MGP, dan jurulatih

Info PASTI Negeri Selangor

Rabu, 26 Mei 2010

Geran RM50 sebulan bantu keluarga miskin


SHAH ALAM, 30 Mei – Pelajar prasekolah bakal menerima geran berkapita RM50 sebulan selepas proses pengumpulan data keluarga dijangka selesai tidak berapa lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, bagaimanapun pembahagian geran tersebut hanya akan melibatkan keluarga miskin berpendapatan di bawah RM1500 sebulan.

Menurutnya, kriteria lain yang diperlukan ialah tadika yang mana kanak-kanak berkenaan belajar perlu berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) dengan beroperasi minima dua tahun.

“Saya dalam proses mengumpul data tentang jumlah pelajar prasekolah untuk merancang bajet untuk kita berikan geran berkapita RM50 setiap seorang pelajar bagi keluarga berpendapatan rendah.

“Kita tidak menetapkan sasaran berapa bajet yang akan dikeluarkan dan jumlah pelajar yang akan menerima geran tersebut asalnya permohonannya layak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas merasmikan penutupan Konvensyen Pendidikan Prasekolah Selangor 2010 dan pelancaran MPTS di sini, semalam.

MPTS yang dilancarkan semalam menerima 114 pendaftaran baru daripada tadika berminat sekitar Selangor dengan penyertaannya dibuka kepada semua jenis tadika tanpa mengira kaum.

Menurut Dr Halimah, penyerahan geran tersebut bagaimanapun tidak terhad kepada tempoh tertentu dan ia dijalankan secara berperingkat.

“MPTS akan dipertanggungjawabkan untuk menyelaras permohonan daripada tadika untuk pelajar-pelajar mereka yang layak untuk menerima geran itu. Sekiranya permohonan dibuat awal dan memenuhi kriteria ditetapkan seterusnya diluluskan kerajaan negeri, mereka boleh terus menerima geran berkenaan.

“Kita menyasarkan seberapa banyak penyertaan dan tujuannya adalah bagi membantu keluarga yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak-anak ke prasekolah atau tadika,” katanya.

Dengan pemberian geran tersebut, katanya, diharap dapat menangani masalah pelajar tidak bersekolah ekoran kekangan kewangan keluarga.

YB Dr Halimah ketika merasmikan Konvensyen Pendidikan Pra Sekolah Selangor 2010 Anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan MPTS di Shah Alam.

Sumber : http://www.selangorkini.com.my/my/berita/13123

Isnin, 24 Mei 2010

Sambutan Hari Guru PASTI

Selayang, 23 Mei, Sempena Sambutan Hari Guru 2010, seluruh guru PASTI Negeri Selangor telah diraikan dalam satu majlis gilang gemilang yang diadakan di Lobi Utama Bangunan Menara Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Bandar Baru Selayang, Selangor. Seramai lebih 200 orang guru yang mewakili kawasan masing-masing telah berkumpul di sini dengan suasana ukhuwah dan meriah sekali.

Sambutan Hari Guru kali ini yang bertemakan “Guru PASTI Memimpin Perubahan Ummah” telah dirasmikan oleh Exco Pemuda PAS Pusat, YbBhg. Ustaz Kamal Ashaari. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah PASTI Negeri Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, Ahli-ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Selangor dan Pengerusi kawasan-kawasan.

Acara dimulakan dengan ucapan-ucapan aluan daripada Pengarah PASTI Negeri Selangor, Ustaz Hasbullah, Ketua Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Selangor, Pn Norhayati Abdul Razak dan diikuti dengan ucapan perasmian. Upacara melafazkan ikrar kemudiannya telah dilakukan oleh semua guru PASTI yang hadir.

Di majlis ini, ‘Anugerah Guru PASTI Cemerlang Kawasan’ telah disampaikan oleh Pengarah PASTI Negeri Selangor kepada 22 orang guru PASTI yang dipilih oleh kawasan masing-masing. Pn Noraini binti Abdul Rahman daripada PASTI kawasan Kota Raja telah dipilih menerima anugerah kecemerlangan pada tahun ini. Sementara itu ‘Anugerah Perkhidmatan Setia’ disandang oleh Pn Mahiran binti Talib dan ‘Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Selangor’ dianugerahkan kepada Pn Fatimah binti Daud. Pn Khairiah binti Mohd, mantan Ketua MGP Negeri Selangor pula telah dianugerahi ‘Anugerah Tokoh PASTI Negeri Selangor’ pada tahun ini sebagai menghargai jasa dan sumbangan-sumbangan besar yang dilakukan oleh beliau kepada institusi PASTI Negeri Selangor dan PASTI Malaysia amnya.

Di akhir majlis, motivator terkenal, Ustaz Akhwan Afendi telah membuat kejutan dengan muncul secara tiba-tiba dari arah belakang dewan dan menghiburkan para hadirin dengan sesi motivasi yang diselang-selikan dengan lagu-lagu nasyid sebagai pembakar semangat guru-guru PASTI.

Selamat Hari Guru. “Sekali menjadi guru selamanya menjadi guru”.

Guru-guru yang diraikan

Ucapan Perasmian oleh Ustaz Kamal Ashaari

Amanat Ketua MGP Negeri Selangor

Ikrar oleh guru-guru PASTI yang berdidikasi
Penerima Anugerah bergambar kenangan
Ustaz Akhwan menggamatkan suasana

Isnin, 17 Mei 2010

Perutusan Hari Guru 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w penghulu segala anbiyai, ahli keluarga baginda, para sahabat serta mujahidin yang menegakkan agama Allah hingga akhir zaman, seterusnya pada kaum muslimin dan muslimat warga kerja PASTI.

Di
kesempatan ini, saya mewakili ALP PASTI Negeri Selangor mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru PASTI Negeri Selangor. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah atas kejayaan PASTI kawasan Kota Raja selaku tuan rumah, MGP dan AJK induk serta pelaksana yang menyempurnakan Pesta Sukan PASTI Selangor yang telah diadakan baru-baru lalu.

"Guru Memimpin Perubahan 
Ummah” iaitu tema sambutan Hari Guru pada tahun ini, menuntut guru-guru PASTI di alaf baru, khususnya guru-guru PASTI Selangor, berusaha bersungguh-sungguh untuk mendepani segala cabaran terutamanya cabaran pendidikan yang semakin banyak dan terus memperkasakan pendidikan PASTI disamping meningkatkan profesionalisme keguruan mereka.

Islam sebagai suatu cara hidup yang rahmatan lil ‘alamin memancarkan cahayanya kepada segenap lapisan manusia tanpa mengira usia. Islam menekankan pendidikan hendaklah bermula daripada buaian khususnya dalam membina jati diri sebagai hamba Allah yang sejati. Di PASTI, guru-guru mengambil peranan yang amat berat dan penting di dalam menyemai dan menanamkan kekentalan aqidah setiap kanak-kanak bagi melahirkan tunas-tunas Islam dan seterusnya ummah yang berjiwa rabbani.

Saya yakin dengan komitmen
 dan iltizam serta pengorbanan yang tidak mengenal jemu dan penat lelah , guru-guru akan terus memimpin dan menyempurnakan peranan sertatanggungjawab sebagai pendidik di dalam membina jati diri tunas-tunas Islam agar menjadi anggota masyarakat atau ummah yang mendatangkan manfaat kepada Islam dan umatnya.


Akhirnya, kualiti imani dan amali guru-guru perlu dibugar dan ditingkatkan dari semasa kesemasa agar sentiasa hampir dengan barakah, pertolongan dan keredhaan Allah s.w.t.


SELAMAT HARI GURU 2010


UST HASBULLAH BIN MOHD RIDZUAN

Pengarah PASTI Negeri Selangor

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja, Jawatankuasa PASTI Kawasan Kota Raja, Jamaah Pengurusan PASTI di Peringkat Cawangan, Ibu bapa, Murid PASTI dan seluruh warga PASTI Mengucapkan Selamat Hari Guru Kepada semua guru-guru di seluruh pelosok tanahair. Baktimu mendidik kami dikenang sepanjang hayat.. "Terima kasih Cikgu"

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

Isnin, 10 Mei 2010

Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor Meriah

Alhamdulillah, Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor berjaya dilangsungkan dengan meriahnya di padang Dewan Sukan Klang, Sri Andalas semalam. Sebanyak 19 Kontinjen PASTI Kawasan dari seluruh Negeri Selangor telah menyertai pesta sukan kali ini dengan penuh semangat kesukanan dan ukhwah yang tinggi. Pesta Sukan ini telah dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.



Tahniah kepada 2 pasukan bola sepak dan bola jaring PASTI Kota Raja yang mempamirkan daya juang yang tinggi walaupun gagal ke final. Pasukan bola sepak Kota Raja pula terpaksa akur dengan kehebatan Pasukan Hulu Selangor di separuh akhir walaupun menjadi juara kumpulan pada peringkat awal. Semoga di tahun hadapan, skuad Kota Raja akan lebih menyerlah lagi. Tahniah kepada PASTI kawasan Serdang yang mengungguli kejuaraan bola sepak dan bola jaring pada tahun ini.

Pasti Kawasan Kota raja mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara besar ini terutama kepada petugas-petugas daripada PASTI dan MGP Negeri Selangor, PASTI dan MGP Kawasan-kawasan, DPP Kota Raja, Briged Muslimat dan Nisa', Jabatan Amal Kota Raja dan lain-lain lagi. Tidak dilupakan juga kepada YDP PAS Kota Raja, Cikgu Jaafar bin Shamsuddin, Ahli Majlis MPK Zon 49B, Tn Hj Termizi bin Ismail yang banyak membantu melicinkan perjalanan Pesta Sukan Negeri Selangor 2010.


Kemeriahan di tapak program Pesta Sukan PASTI


Ketibaan YB Dr Halimah disambut Timbalan Pengarah PASTI dan Ketua MGP Selangor


Kontinjen PASTI Kota Raja ceria di acara perbarisan




Ikrar Sukan


Pasukan Bola Sepak Kota Raja sempat bergambar bersama Cikgu Jaafar (YDP), En Zainal (KPP), En Balasekaran (KKPP), En Azman (PASTI Kota Raja) dan En Jozie Rizal (Jurulatih pasukan).




Pasukan Bola Jaring Kota Raja bertemu pasukan Gombak





Scoreboard bola sepak


Walaupun berlainan pasukan ikatan ukhuwah diperkukuhkan.


Bahagian Pendaftaran


MGP Kota Raja yang bertugas dari mula hingga akhir program


YDP PAS Kota Raja, Cikgu Jaafar dan Ahli Majlis MPK, Hj Termizi turut meraikan Pesta Sukan


Sdr Ryne, Pengerusi PASTI Kota Raja berucap di majlis penutup

Isnin, 3 Mei 2010

Skuad Kota Raja Sedia Amuk di Seri Andalas

Oleh Azman Mahusin

Skuad bola sepak dan bola jaring PASTI kawasan Kota Raja giat berlatih sebagai persediaan menentang apa juga pasukan yang akan dihadapinya pada aksi pembukaan Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor di Kompleks Sukan Klang, Seri Andalas ahad ini. 

Sekalipun bakal membuat perhitungan dengan pasukan yang paling digeruni, skuad Kota Raja yang diberi kepercayaan menggalas cabaran Selangor, sedia mencipta kejutan pada aksi mereka nanti.

"Persiapan yang kita lakukan menjelang perlawanan ini ialah untuk memastikan para pemain dapat mengekalkan corak permainan baik selepas pulang berlatih dari Kg Sungai Kandis.

"Saya mahu para pemain menanam sikap serius setiap kali turun beraksi dalam sesatu perlawanan," kata Pengerusi PASTI Kota Raja, Ryne Abdullah ketika dihubungi blog Pasti! di Seri Andalas pagi tadi.

Ryne menambah, beliau mahu anak-anak buahnya mempamerkan tahap keyakinan tinggi dalam setiap perlawanan selepas mereka mengharungi latihan lasak 3 hari mulai hari ini di Kg Sungai Kandis oleh jurulatih impot yang tak ternama dari Kandis River Utd.

Jurulatih memperkenalkan ternik terbaru yang akan mengelirukan pihak lawan

Latihan paling ekstrem!! Teknik 'Sholin Soccer' pun ada (seluar biru)

Membiasakan bermain atas padang keras

Latihan teknik angkat lutut



Ahad, 2 Mei 2010

Mesyuarat Agung MGP Negeri Selangor

Mesyuarat Agung Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Selangor berjaya dilangsungkan pada 24 April 2010 di Temasya Food Court, Glenmarie Shah Alam. Seluruh perwakilan MGP dari kawasan-kawasan seluruh Negeri Selangor telah menunaikan tanggungjawab memilih jawatankuasa baru MGP Negeri Selangor bagi sesi 2010-2012.  Senarai Jawatankuasa MGP Negeri Selangor seperti berikut:

Ketua : Pn Norhayati bt Abdul Razak (Selayang)
Timb. Ketua : Pn Fatimah bt Hj Daud (Hulu Selangor)
Setiausaha : Pn Nor Jaswati bt Ismail (Klang)
Bendahari : Cik Napisah bt Nawi (Gombak)
Pen. Setiausaha : Pn Hjh Aziah bt Alias (Shah Alam)
Ahli Jawatankuasa
: Pn Mazni bt Osman (Kuala Langat)
: Pn Misliah bt Sohod (Sabak Bernam)
: Ustazah Salimah bt Sain (Sepang)
: Pn Rohaiza bt Mohamed (Gombak)
: Pn Hjh Rozita bt Md Yasin (Serdang)
: Pn Noraini bt Abdul Rahman (Kota Raja)
: Pn Noor Hasilah bt Arbain (Kapar)
: Pn Rai'yah bt Mohamed Sabali (Sg Besar)
: Cik Rusilawati bt Md Isa (Puchong)
: Cik Nor Ilyani bt Suratman (Subang)

Suasana Mesyuarat Agung MGP

Perwakilan MGP Kota Raja


Ahad, 25 April 2010

Blog Alumni PASTI Malaysia dilancar

Alumni PASTI Malaysia telah dilancarkan oleh YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan besemperna Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PASTI Malaysia di Dataran Stadium Kota Bharu Kelantan pada 30 Oktober 2009 yang lalu. Sekiranya anda adalah di antara bekas murid PASTI sila layari  http://alumnipastimalaysia.blogspot.com untuk keterangan lanjut.

Blog Alumni PASTI


Jawatankuasa Alumni PASTI Malaysia (berbaju biru) bergambar kenangan bersama ALP PASTI Pusat dan murid PASTI yang memperagakan unifom baru PASTI di Kota Bharu.

Sabtu, 24 April 2010

Sukan PASTI Syaidatina Aisyah

Kg Bukit Naga, 18 April: Pasti Saidatina Aisyah telah mengadakan Sukan Tahunan kali ke 11 di Dewan MBSA Seksyen 32, Kg Bukit Naga Shah Alam. Kehadiran ibu bapa dan pelajar amat menggalakkan sehingga mencecah lebih 500 orang. Majlis perasmian disempurnakan oleh YgBhg. En Buang bin Hj Ismail, Pengerusi JKKK Kg Bukit Naga. Sukan PASTI pada kali ini yang berkonsepkan 'indoor sport' bukan sahaja melibatkan murid-murid PASTI, namun lepasan pelajar Pasti, guru-guru, ahli jawatankuasa dan ibu bapa yang hadir juga turut bersama menyertai beberapa acara sukan yang diadakan. Majlis berakhir jam 2 petang dan disempurnakan penutupannya oleh Timbalan Pengarah PASTI Negeri Selangor, En Mohamad Rozi Malik. Di majlis ini juga, pengurus PASTI Saidatina Aisyah Tuan Hj Maskor Idris memaklumkna kepada ibu bapa bahawa satu tabung dana telah dilancarkan bagi membeli tanah tapak permainan bernilai RM80 ribu yang kini diizinguna oleh pemilik tanah kepada Pasti. Usaha ini perlu dilakukan sekarang khususnya bagi menambahbaikan pembangunan serta kelangkapan untuk memenuhi keperluan semasa.

Ibu bapa berpusu-pusu ke tempat berlangsungnya sukan di awal pagi lagi.


Kemeriahan Sukan PASTI amat dirasakan pada kali ini.

Khamis, 15 April 2010

Pesta Sukan PASTI Selangor pada 9 Mei 2010


Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor kembali lagi pada tahun ini dengan Kota Raja diberi kepercayaan sebagai tuan rumah pada 9 Mei 2010 di Kompleks Sukan Klang, Seri Andalas Klang, Selangor. Sebanyak 22 buah kawasan akan bertanding dalam acara sukan bola sepak dan bola jaring yang melibatkan 44 buah pasukan dari seluruh negeri Selangor. Pada tahun 2009 yang lalu, PASTI Kawasan Hulu Langat telah mengungguli perlawanan bola sepak dan PASTI Gombak pula johan dalam acara bola jaring yang diadakan gilang gemilang di Universiti Industri Selangor (Unisel) Kuala Selangor (link). Mampukah pasukan PASTI Kota Raja membawa pulang piala pusingan dalam genggaman Kuala Langat pada tahun ini? Kita nantikan di kejohanan ini nanti. Semua dijemput hadir