Jumaat, 10 Julai 2009

Program Gerakan Membaca PPAS

Pada 4 Julai 2009 yang lalu PASTI Kawasan Kota Raja telah menghantar 3 orang pelajar PASTI menyertai Program Gerakan Membaca 2009 Peringkat Daerah Klang anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang. Program ini terbuka kepada semua tadika daerah Klang dan dirasmikan oleh YB Dr Hj Abd Rani Osman. Sebanyak 4 acara telah dipertandingkan iaitu Kuiz Sejarah Selangor, Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat, Pertandingan Tulisan Jawi dan Pertandingan Baca Cepat. Peserta Kota Raja telah mendapat hadiah saguhati. Tahniah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan