Ahad, 29 Mei 2011

Selamat Pengantin Baru


Pasti Kawasan Kota Raja mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Sdr Mohd AlHariz Adzhan, Setiausaha PASTI Kawasan Kota Raja dan pasangannya Pn Syafiqah Saharudin pada 14 Me1 2011 yang lalu. Semuga pasangan ini diberkati Allah dan berbahagia.

Hari Guru PASTI Selangor & PASTI Malaysia

17 Mei 2011-Kuala Selangor; Seramai 220 orang guru mewakili 22 kawasan di Negeri Selangor diraikan semperna Sambutan Hari Guru peringkat PASTI N.SELANGOR bertempat di Stadium Tertutup, Komplek Sukan Kuala Selangor. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor. Turut hadir Ust Hasbullah Mohd Ridzwan Pengarah PASTI Negeri Selangor merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustazah Wan Haslina Wan Hasan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.


Seramai 22 orang guru telah menerima anugerah Guru PASTI Cemerlang. Puan Siti Nor Ai’dah binti Sukaimi daripada kawasan Sepang dipilih menerima anugerah Guru Khidmat Setia, manakala Puan Nor Jaswati binti Ismail dipilih sebagai Tokoh Guru PASTI Negeri Selangor pada tahun ini. Buat pertama kalinya pada tahun ini diadakan Anugerah Khas PASTI dan saudara Mohd Aslam bin Mohd Khanani telah diberi beri penghormatan penerima anugerah ini. Mohd Aslam merupakan Setiausaha PASTI Negeri Selangor dari tahun 1997 sehingga sekarang dan beliau merupakan di antara individu yang banyak menyumbang jasa dan bakti kepada perkembangan PASTI di negeri ini.



Pada 21 - 22 Mei 2011 pula bertempat Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia telah diadakan dengan Selangor menjadi tuan rumah. Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pn Hajjah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.


Ahad, 10 April 2011

Pesta Sukan PASTI Kota Raja dan PASTI Negeri Selangor 2011

9 April 2011, PASTI AS-Sakinah Taman Setia menjadi tuan rumah Pesta Sukan PASTI Kota Raja pada tahun ini. 7 dari 10 buah PASTI cawangan di kawasan ini telah menghantar kontinjen bersama pasukan bola sepak dan bola jaring masing-masing. Perasmian telah disempurnakan oleh Sdr Zainal Said, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja. Sementara YB. Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja dan Cikgu Jaafar Samsudin, YDP PAS Kawasan Kota Raja turut melapangkan masa ke program ini sambil beramah mesra dengan ibu bapa. Sementara itu satu pertandingan mewarna turut diadakan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Setia.

Pesta Sukan kali ini menempatkan PASTI A-Syifa' Sri Andalas sebagai juara acara bola sepak manakala PASTI Al-Kauthar Kota Kemuning mengungguli acara bola jaring. Tahniah kepada para pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan Pesta Sukan PASTI 2011. Bertemu lagi di Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor nanti.






Petugas mencatat di 'scoreboard'

Perlawanan separuh akhir antara pasukan PASTI As-Syifa dengan PASTI Syaidatina Aishah

Pasukan Bola Sepak PASTI As-Syifa meraikan kemenangan bersama pengurus

Juara Bola Sepak 2011

Pada 7 Mei 2011 pula bertempat di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, PASTI Kawasan Kota Raja tidak ketinggalan menghantar kontinjen bersama 17 kawasan PASTI seluruh Selangor menyertai Pesta Sukan PASTI Peringkat Negeri Selangor. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Iskandar Abul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor.


Pada kejohananan kali ini PASTI kawasan Kapar telah menjadi Johan pertandingan Bola Sepak, Naib Juara Shah Alam dan tempat Ke-3 Kuala Langat. Manakala bagi pertandingan Bola Jaring, pasukan Gombak telah menjuarai pertandingan ini, diikuti Petaling Jaya Selatan dan Serdang.


Pesta Sukan PASTI Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 24-25 Jun 2011 di Marang, Terengganu.





Isnin, 7 Mac 2011

Kursus Pemantapan Guru PASTI Kota Raja

Kursus Pemantapan Guru PASTI Kawasan Kota Raja telah diadakan pada 4 hingga 5 Mac 2011 bertempat di Markaz PAS Bukit Naga. Seramai 34 orang guru PASTI daripada PASTI cawangan-cawangan di Kota Raja telah mengikuti kursus 2 hari ini hingga ke penghujung program. Sepanjang kursus, guru-guru didedahkan dengan Kurikulum 4 Tahun (K4T) dan Pengajaran dan Pembelajaran (PNP) PASTI. Disamping itu slot motivasi juga telah disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Uda Kasim dan Cikgu Jaafar Shamsudin, YDP PAS Kawasan turut memberikan perangsang kepada guru-guru yang hadir. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YgBhg Sdr Mohd Aslam Khanani, Setiausaha PASTI Negeri Selangor.






Rabu, 14 Julai 2010

PASTI Selangor Juara Lagi

27 Jun 2010: PASTI Selangor sekali lagi merangkul juara keseluruhan Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 di pulau mutiara Pulau Pinang selaku tuan rumah kejohanan pada tahun ini. Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 ini telah disertai oleh 13 buah negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah. Berikut adalah keputusan perlawanan kedua-dua perlawanan bola sepak dan bola jaring.

Bola Sepak
Johan- PASTI Negeri Selangor
N. Johan- PASTI Negeri Kelantan
Ketiga- PASTI Negeri Perak

Penjaring terbanyak : 
Adik Lokman Hakim (5 gol)-PASTI Negeri Selangor
Pemain terbaik : 
Adik Mohd Fakrulrazi Ahmad Shamsuri.-PASTI Negeri Selangor

Bola Jaring
Johan- PASTI Negeri Terengganu
N. Johan- PASTI Negeri Kedah
Ketiga- PASTI Negeri Selangor

Penjaring terbanyak : 
Adik Siti Ainun Majah Zulkifli (25 gol)-PASTI Negeri Terengganu
Pemain terbaik :
Adik Adlin Aqilah Kamarulhisyam-PASTI Negeri Terengganu

Persiapan perbarisan kontigen PASTI Negeri Selangor

Suassana majlis perasmian

VIP dan barisan ALP PASTI Malaysia

Suassana sekitar pesta sukan

" pasing sini, cepat-cepat!!!"

ya.. masuk lagi...

Wajah MGP Selangor melihat anak murid bermain.. mencemaskan...

Saat cemas pasukan Kelantan

wah, ada gaya shoalin soccer la...

Juara Bola Jaring dari Terengganu

"Ha, ini dia pemain terbaik Selangor, sepak macam D. Beckham tu.."

"Ini dia penjaring terbanyak tahun ini..."

Kenangan bersama pemain, ALP, MGP, dan jurulatih

Info PASTI Negeri Selangor