Ahad, 29 Julai 2012

Sekitar Program Alam Ria PASTI Kota Raja


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah pada 15 Julai 2012 yang lalu PASTI Kota Raja telah berjaya menganjurkan program berbentuk pertandingan diantara PASTI-PASTI cawangan Kota Raja yg berlansung di Sekolah Rendah Agama Bukit Naga.. Sesuai dengan namanya iaitu Alam Ria PASTI Kota Raja, suasana ceria mula menyelubungi perkarangan SRA Bukit Naga dari pukul 7.30 pg lagi dengan ketibaan pelajar bersama ibu bapa mereka.


Antara pertandingan yang disediakan oleh pihak penganjur kali ini adalah pertandingan hafazan, mengalunkan azan, pertandingan bercerita, berpidato, bersajak , bersyair, khutbah jumaat, dan pertandingan nasyid. Majlis yang berlansung meriah ini berjaya mencungkil bakat-bakat baru dikalangan pelajar pelajar PASTI di dalam disiplin pertandingan masing-masing. diharapkan perkembangan positif ini akan dapat diteruskan selagi terdapat sokongan dari pihak ibu bapa. 

Majlis kali ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dr. Siti Mariah Mahmud selaku Ahli Parlimen Kawasan Kota Raja bg merasmikan majlis penutup Alam Ria PASTI Kota Raja. Beliau dalam ucapannya mengucapkan seinfiniti tahniah kepada ibu bapa yang sama-sama memeriahkan majlis serta menyokong anak masing-masing di program ini. tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada barisan guru-guru serta ajk kawasan yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Kesimpulannya program Alam Ria PASTI Kota Raja kali ini telah berlansung dengan jayanya walaupun terdapat beberapa perkara teknikal yang diluar kawalan penganjur. Kelihatan semua anak-anak didik PASTI masing-masing mampu bersaing untuk menjadi pemenang dalam pertandingan masing-masing. Semoga pertandingan kali ini mampu membangun generasi yang berilmu dan berakhlak mulia serta mampu menjadi insan yang memacu Malaysia kelak, InsyAllah.... 

Berikut adalah antara gambar-gambar suasana ketika majlis berlansung.

Antara pelajar yang menyertai Alam Ria PASTI Kota Raja Kali ini.

Sebahagian hakim yang bertugas.

Ibu bapa dan anak-anak di kantin sekolah.

Kasih sayang ibu bapa tiada tolok bandingya.

Pelajar-pelajar sedang bernasyid.

Sekilas di dewan bercerita.

Seorang pelajar bersama ibunya.

Guru PASTI sedang mempersiapkan anak didiknya.

Persiapan terakhir sebelum naik ke pentas.

Ucapan tahniah kepada anak didik yang berjaya membuat persembahan.

Sedikit nasihat sebelum bertanding.

Ibu bapa melihat anak mereka melakukan persembahan.

Sekitar pertandingan bernasyid di dewan utama.

Adik yang memenangi pertandingan khutbah Jumaat.

Menunggu giliran membuat persembahan.

Para guru mengagihkan sarapan kepada anak murid.

Antara tetamu yang hadir ke majlis kali ini.

Cenderahati dari PASTI Kota Raja kepada YB Dr. Siti Mariah Mahmud.

Persembahan artis jemputan.

Turut hadir, Guru Besar SRA Bukit Naga

Antara pemenang pertandingan bercerita.

Antara pemenang pertandingan bercerita kategori lelaki.

Urusetia yg berusaha memastikan program berjalan dengan lancar.

Juara keseluruhan Alam Ria PASTI Kawasan Kota Raja

Suasana didalam salah sebuah dewan pertandingan.

Pelajar-pelajar bernasyid.

Ibu bapa yang setia melihat persembahan anak mereka.

Ahad, 19 Februari 2012

Setiausaha PASTI Kota Raja dapat cahayamata


Pasti Kawasan Kota Raja mengucapkan tahniah kepada Setiausaha PASTI kawasan, Mohd Al-Hariz Adzhan dan pasangannya yang dianugerahkan cahayamata yang pertama mereka pada 15 Februari yang lalu. Semoga puteri yang bernama Nuha Farihah ini akan menjadi anak yang solehah penyejuk hati ibu bapanya. Insya'Allah.

Sabtu, 18 Februari 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semalam (17 February 2012) Jumaat, mesyuarat bulanan Jabatan PASTI Kawasan Kota Raja ke 2 tahun 2012 telah berjalan di Pasti As- Sakinah Taman Setia.

Mesyuarat bermula kira2 pukul sepuluh malam dan di mulakan dengan ucapan pengerusi majlis dengan kata2 aluan seterusnya mengendalikan mesyuarat seperti di dalam minit mesyuarat..

Antara agenda yg dibincangkan adalah Laporan kewangan terkini, Maklumat program terkini (Kursus Nurul Quran), Laporan bulanan setiap cawangan yang hadir, takwim dan hal-hal lain.

Mesyuarat berakhir kira2 pukul 11.30 mlm dan semua ahli mesyuarat bersurai.
Terima kasih diucapkan kepada PASTI As-Sakinah kerana menjadi tuan rumah..
Sekian..

Selasa, 18 Oktober 2011

Peperiksaan Akhir tahun PASTI

18 Oktober: Hampir 70 ribu murid PASTI 5 dan 6 tahun di seluruh Malaysia menduduki Peperiksaan Setara Akhir Tahun PASTI 2011 kali ini. Di Selangor, seramai 15 ribu pelajarnya di semua 225 cawangan PASTI telah mula menjawab soalan peperiksaan semenjak Isnin lalu. Peperiksaan lisan akan bermula sebaik tamat peperiksaan bertulis pada minggu ini. PASTI Selangor mengadakan peperiksaan setara dua kali iaitu pada pertengahan dan akhir tahun. Murid-murid PASTI yang memperolehi keputusan cemerlang akan dipilih untuk menduduki peperiksaan setara peringkat Kawasan dan seterusnya peringkat Negeri. Hari Kecemerlangan Pelajar PASTI Malaysia akan diadakan pada bulan Disember nanti untuk menabalkan murid-murid PASTI yang cemerlang dalam peperiksaan ini.





Sebahagian murid PASTI At-Taqwa Jalan Kebun, Kota Raja sedang menjawab soalan peperiksaan.

Rabu, 12 Oktober 2011

Selangor Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2011

Kuala Kangsar, 17 September: Tahniah pada kontingen PASTI Negeri Selangor kerana berjaya merangkul juara keseluruhan dalam pertandingan Alam Ria PASTI Malaysia 2011. Majlis gilang gemilang telah berlangsung dengan jayanya dan disertai oleh 12 buah negeri. PASTI Selangor meraih 4 kejuaraan dalam acara bercerita lelaki, hafazan lelaki, hafazan perempuan dan Nasyid. Bagi acara sajak di tempat kedua.


Majlis penutup dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia dan ALP Negeri-negeri. Tahniah Seluruh jawatankuasa pelaksana Alam Ria PASTI Malaysia 2011.





Isnin, 25 Julai 2011

Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia berwajah baru


Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia sesi 2011-2013 yang dilantik pada 8 Julai 2011 yang lalu menampilkan ramai muka-muka baru. Bermula dengan Ketua Pengarahnya iaitu Tn Hj Hassan bin Ahmad yang menggantikan En Azrin bin Abd Majid dan Pengarah-pengarah Bahagian. Ahli Lembaga Pengarah yang masih dikekalkan ialah En Abdul Kadir bin Dewa (Timb. Ketua Pengarah), Ustazah Wardah binti Jawahir (Timb. Ketua Pengarah), Sdr Azman bin Mohd Mah Husin (Pengarah Bahagian Penerbitan) dan Pn Hjh Khairiah binti Mohd (Pengarah Bahagian Pembinaan Bahan). Tn Hj Rosli bin Suhaimi dilantik semula sebagai Setiausaha dan Sdr Kamarul Arif bin Ambak sebagai Setiausaha Eksklusif.

Timbalan Pengarah PASTI Selangor Sdr Mad Shahmiour bin Mat Kosim juga di antara muka baru yang kini menyandang Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia (sektor Ekonomi).

Berikut adalah senarai penuh Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia:

Ketua Pengarah : Hj. Hassan Bin. Hj. Ahmad (Perak)

Timb.K.Pengarah (Pengurusan) : Sdr. Abdul Kadir Bin Dewa (Melaka)

Timb.K.Pengarah (Akademik) : Sdr. Ahmad Subhi Marzuki Che Ab Razak ( W. P)

Timb.K.Pengarah (Ekonomi) : Sdr. Mad Shahmiour Bin Mat Kosim (Selangor)

Timb.K.Pengarah (Pemb&Peny) : Ustaz Mohd Azrul Hisham Bin Saleh (Pahang)

Timb.K.Pengarah (KAFFAH) : Ustazah Wardah Muhammad Jawahir (Perak)

Setiausaha : Hj. Rosli Bin Suhaimi (Perak)

Bendahari : Sdr. Mohd Badaruddin Ismail (Terengganu)


Sektor Pengurusan & Pentadbiran

Bahagian Pengurusan : Sdr. Abd Kadir Bin Dewa (Melaka)

Bahagian Kebajikan : Ust. Mohd Nazarudin B. Awang Hamat (P.Pinang)

Bahagian Penaziran : Sdr. Ridzuan Bin Rashid (Perak)

Bahagian Komuniti PASTI : Sdr. Mohd Sahir Bin Ab Raman (Perlis)


Sektor Pembangunan & Penyelidikan

Bahagian Latihan Guru : Sdr. Ahmad Jaafar Bin Khalid (Perak)

Bahagian Dokumentasi : Sdr. Mahadzir Bin Mohd Zili ( Johor)

Bahagian ICT : Sdr. Ashraf Bin Abd Hamid (Kedah)

Bahagian Penyelidikan : Dr. Muhammad Zahiri Bin Awang Mat (Selangor)

Bahagian Latihan Pngurus : Ustaz Mohd Azrul Hisham Bin Saleh (Pahang)


Sektor Pembangunan Akademik

Bahagian Kurikulum : Sdr.Ahmad Subhi Marzuki Che Ab Razak (WP)

Bahagian Peperiksaan : Sdr. Mohd Azahari Bin Yahaya (Perak)

Bahagian Pemb.Bahan : Pn. Khariah Binti Mohd (Selangor)

Bahagian Kokurikulum : Ustaz Sulaiman Bin Sulong (Terengganu)


Sektor Ekonomi

Bahagian Projek Ekonomi : Sdr. Mad Shahmiour Bin Mat Kosim (Selangor)

Bahagian Penerbitan : Sdr.Azman Bin Mohd Mah Husin (Selangor)

Bahagian Koperasi PASTI : Ustaz Mohd Nazri Bin Zainuddin (N.Sembilan)

Bahagian Projek Khas : Ustaz Mohd Hafiz Bin Musa (Kelantan)


Sektor Kaffah

Bahagian Kurikulum : Ustazah Wardah Muhammad Jawahir (Perak)

Bahagian HEM : Sdr.Syed Mohd Azli Syd M.Kamaruzaman (Perak)

Bahagian H/Ehwal Guru : Sdr. Rozaimi Bin Mohamad (Perak)

Bahagian Penilaian : Cik Sakinah Bt.Halmi (Terengganu)

Bahagian Logistik : Sdr. Zulkifli Bin Ismail (W. Persekutuan)

Bahagian PnP : Pn. Nadhirah Binti Abd Aziz (W. Persekutuan)


Selasa, 19 Julai 2011

Hari Bakat PASTI Kota Raja

19 Jun, Hari Bakat PASTI Kawasan Kota Raja telah berlangsung dengan jayanya di Dewan MBSA Sg Kandis baru-baru ini. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti pertandingan nasyid, pidato, hafazan, azan, berkutbah dan bercerita yang disertai oleh murid-murid PASTI di kawasan ini. Program amat meriah dengan kehadiran ibu bapa yang memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka. YB Dr Siti Mariah mahmud Ahli Parlimen Kota Raja telah melapangkan masa merasmikan program ini dan turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.






Pada sebelah malamnya pula, guru-guru PASTI Kawasan Kota Raja telah diraikan dalam majlis makan malam sempena Hari Guru PASTI peringkat kawasan di sebuah restauran di Sijangkang Kuala Langat dan turut dihadiri oleh pimpinan Pemuda Kota Raja dan Yang Dipertua PAS Kawasan Cikgu Jaafar Shamsudin.. Di majlis itu Anugerah Guru Cemerlang PASTI Kawasan Kota Raja telah dianugerahkan kepada Pn Suria daripada PASTI Al-Amanah, Sg Kandis. Sementara itu PASTI Saidatina Aisyah yang telah dinobatkan sebagai PASTI Terbaik Negeri Selangor dalam Muktamar Pemuda PAS Selangor yang lalu menerima hadiah tersebut di majlis ini.