Khamis, 3 September 2009

PASTI Venikam

Jika kita ke Ladang Rubana, Matang Guntung, Seberang Perak, kira-kira 15 km dari Bandar Teluk Intan terdapat sebuah PASTI untuk masyarakat kaum India. PASTI tersebut dinamakan PASTI Venikam. Menurut wakil masyarakat kaum India En.Kumar, PASTI tersebut dibuka memandangkan tiada prasekolah di kawasan tersebut dan tadika PASTI pula terbukti adalah yang terbaik.
Mungkin sudah tiba masanya PASTI Venikam ini dapat direalisasikan pula di Parlimen Kota Raja. Tentunya Pasti dan Lajnah Perpaduan Nasional boleh mula mengorak langkah ke arah cita-cita tersebut.

Sesi penerangan dan taklimat telah diadakan oleh PASTI terhadap masyarakat kaum India tersebut. Pengarah PASTI Negeri Perak, Tn. Hj.Hashan Aladi bin Ahmad merakamkan ucapan tahniah di atas penubuhan PASTI Venikam semasa memberikan taklimat berhubung sistem persekolahan di PASTI.

1 ulasan:

  1. Saya amat tertarik dengan berita ini. Ini maklumat kampung yang dimaksudkan hanya kira-kira 5 km dari kampung ibu mertua saya.

    Insa Allah saya akan pulang menemui pengurusan PASTI ini untuk berbincang dan mendapatkan maklumat lanjut tentang kejayaan penubuhan PASTI ini.

    Saya terpanggil kerana jika ianya dibuat secara tergesa-gesa tanpa memikin kan dalam masa panjang takut-takut nanti akan menimbulkan polimik pula.

    Dari segi dakwah ini memang terbaik (dalam hati saya memang mahu lebih ramai non-muslim mengenali Islam) tapi dalam masa yang sama saya merakan bahawa kena sedikit berhati-hati supaya ko-korikulum yang dikeluarkan oleh PASTI dan Negeri harus disesuaikan dengan penganut non-muslim dalam PASTI tersebut. (ini yg kami dari LPN Kota Raja belajar dalam kuliah 5 bulan kami dalam diskusi agama pimpinan Prof Madya AF Ustaz Dr Yaacob Yusof)

    Apa pun TAHNIAH diatas kejayaan ini. Sesuatu yang tidak pernah termimpi akan berlaku sebelum ini.

    Ini satu permulaan ...... akan datang mungkin akan berlaku satu lagi kejutan .

    BalasPadam