Jumaat, 1 Mei 2009

PASTI Kawasan Kota Raja dapat Pengerusi baru


Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja telah menyusun semula organisasi PASTI selari dengan pembentukan kepimpinan dan saf Pemuda yang baru selepas Mesyuarat Agung Tahunan DPP yang lalu. Sehubungan dengan itu, mulai 1 Mei 2009 Pengerusi PASTI Kawasan Kota Raja telah diamanahkan kepada Sdr Mohd Ryne bin Abdullah menggantikan Sdr Mohd Nor bin Basiron yang telah ditugaskan mengetuai lajnah yang lain. Sdr Azman bin Mohd Mah Husin dilantik sebagai Bendahari PASTI menggantikan Sdr Zulkifli bin Yahaya manakala jawatan Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa akan dimaklumkan pada masa terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan