Selasa, 21 Julai 2009

Kota Raja tambah 3 buah PASTI baru 2010 (update)

Pasti Kawasan Kota Raja akan menambah 3 buah PASTI baru pada tahun 2010. Tiga cawangan Pasti tersebut ialah di Kg. Baru Hicom, Kg. Bukit Lanchong dan Taman Sri Andalas. Perkara ini dinyatakan dalam satu majlis taklimat PASTI kawasan Kota Raja di Markaz PAS Bukit Lanchong pada 20 Julai lalu dan dihadiri oleh wakil-wakil Pas daripada kedua-dua cawangan tersebut. Usaha untuk merealisasikan penubuhan Pasti ini sedang rancak dijalankan melalui kempen pendaftaran pelajar untuk sesi 2010. Di Kg Bukit Lanchong, bangunan Pasti sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tidak berapa lama lagi. Manakala bakal guru Pasti di Kg baru Hicom telah mengikuti kursus-kursus perguruan anjuran Pasti Negeri Selangor. Pasti Sri Andalas pula sedang dalam usaha pendaftaran penubuhannya. Pasti Kawasan Kota Raja melalui perkembangan yang memberangsangkan dari aspek peningkatan jumlah Pasti dan pelajarnya semenjak persempadanan semula kawasan Parlimen Shah Alam. Bermula daripada 4 buah Pasti pada tahun 2004, kini jumlah Pasti Kawasan Kota Raja akan menjangkau 11 buah. Keterangan lanjut pendaftaran pelajar dan sumbangan boleh hubungi Sdr Abd Fatah (Kg Bukit Lanchong) 012-3871896 dan Tn Hj Abd Manan (Kg Baru Hicom) 017-2186352.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan