Sabtu, 11 Julai 2009

Murid rabun azam kekal juara azan


KOTA BHARU: “Walaupun mengalami kekurangan berbanding rakan lain, ia tidak mematahkan semangat untuk mencapai kejayaan,” kata Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 11, kanak-kanak cacat penglihatan yang bergelar juara pertandingan azan dan nasyid peringkat kebangsaan empat kali berturut-turut sejak 2006.

Murid tahun empat Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh itu, berkata dia menanam minat terhadap bidang itu sejak berusia empat tahun selepas memasuki
Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam (Pasti) selain galakan ibu bapa.

Muhammad Qayyim berkata, dia bertekad mengekalkan gelaran juara yang disandang itu dengan menyertai pelbagai pertandingan azan dan nasyid terutama di peringkat kebangsaan.

“Ayah dan ibu saya (Sarimi Yusof, 42, dan Rozan Mohamed, 36) sering memberi galakan menyertai pertandingan...minggu depan, saya bersama enam rakan akan mewakili negeri dalam pertandingan nasyid di Kuantan, Pahang,” katanya.

HARIAN METRO 11 Julai 2009 http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090710065224/Article/index_html

Jika sesekali terdengar azan berkumandang di stesen radio Kelantan FM dan Klasik Nasional yang seakan-akan bukan suara seorang dewasa, ia sebenarnya suara milik Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.
.........

Kumpulan nasyid Shoutul Wildan mula ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Kampong Sireh, Kota Bharu, Kelantan pada bulan Mac 2009.Terdiri daripada 10 orang ahli. Kumpulan ini diasaskan oleh Hjh.Hashimah Mohd Ariffin. Kumpulan ini dilatih oleh profesionalist yang didatangkan khas daripada kumpulan nasyid Shoutul Muhammadi, Maahad Muhammadi Lelaki iaitu Mohd Amir Kholis. Sebarang jemputan persembahan bolehlah menghubungi Hjh. Hashimah, 0139846153.
Muhammad Qayyim Nizar 2 dari kanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan