Isnin, 3 Mei 2010

Skuad Kota Raja Sedia Amuk di Seri Andalas

Oleh Azman Mahusin

Skuad bola sepak dan bola jaring PASTI kawasan Kota Raja giat berlatih sebagai persediaan menentang apa juga pasukan yang akan dihadapinya pada aksi pembukaan Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor di Kompleks Sukan Klang, Seri Andalas ahad ini. 

Sekalipun bakal membuat perhitungan dengan pasukan yang paling digeruni, skuad Kota Raja yang diberi kepercayaan menggalas cabaran Selangor, sedia mencipta kejutan pada aksi mereka nanti.

"Persiapan yang kita lakukan menjelang perlawanan ini ialah untuk memastikan para pemain dapat mengekalkan corak permainan baik selepas pulang berlatih dari Kg Sungai Kandis.

"Saya mahu para pemain menanam sikap serius setiap kali turun beraksi dalam sesatu perlawanan," kata Pengerusi PASTI Kota Raja, Ryne Abdullah ketika dihubungi blog Pasti! di Seri Andalas pagi tadi.

Ryne menambah, beliau mahu anak-anak buahnya mempamerkan tahap keyakinan tinggi dalam setiap perlawanan selepas mereka mengharungi latihan lasak 3 hari mulai hari ini di Kg Sungai Kandis oleh jurulatih impot yang tak ternama dari Kandis River Utd.

Jurulatih memperkenalkan ternik terbaru yang akan mengelirukan pihak lawan

Latihan paling ekstrem!! Teknik 'Sholin Soccer' pun ada (seluar biru)

Membiasakan bermain atas padang keras

Latihan teknik angkat lutut



Ahad, 2 Mei 2010

Mesyuarat Agung MGP Negeri Selangor

Mesyuarat Agung Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Selangor berjaya dilangsungkan pada 24 April 2010 di Temasya Food Court, Glenmarie Shah Alam. Seluruh perwakilan MGP dari kawasan-kawasan seluruh Negeri Selangor telah menunaikan tanggungjawab memilih jawatankuasa baru MGP Negeri Selangor bagi sesi 2010-2012.  Senarai Jawatankuasa MGP Negeri Selangor seperti berikut:

Ketua : Pn Norhayati bt Abdul Razak (Selayang)
Timb. Ketua : Pn Fatimah bt Hj Daud (Hulu Selangor)
Setiausaha : Pn Nor Jaswati bt Ismail (Klang)
Bendahari : Cik Napisah bt Nawi (Gombak)
Pen. Setiausaha : Pn Hjh Aziah bt Alias (Shah Alam)
Ahli Jawatankuasa
: Pn Mazni bt Osman (Kuala Langat)
: Pn Misliah bt Sohod (Sabak Bernam)
: Ustazah Salimah bt Sain (Sepang)
: Pn Rohaiza bt Mohamed (Gombak)
: Pn Hjh Rozita bt Md Yasin (Serdang)
: Pn Noraini bt Abdul Rahman (Kota Raja)
: Pn Noor Hasilah bt Arbain (Kapar)
: Pn Rai'yah bt Mohamed Sabali (Sg Besar)
: Cik Rusilawati bt Md Isa (Puchong)
: Cik Nor Ilyani bt Suratman (Subang)

Suasana Mesyuarat Agung MGP

Perwakilan MGP Kota Raja


Ahad, 25 April 2010

Blog Alumni PASTI Malaysia dilancar

Alumni PASTI Malaysia telah dilancarkan oleh YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan besemperna Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PASTI Malaysia di Dataran Stadium Kota Bharu Kelantan pada 30 Oktober 2009 yang lalu. Sekiranya anda adalah di antara bekas murid PASTI sila layari  http://alumnipastimalaysia.blogspot.com untuk keterangan lanjut.

Blog Alumni PASTI


Jawatankuasa Alumni PASTI Malaysia (berbaju biru) bergambar kenangan bersama ALP PASTI Pusat dan murid PASTI yang memperagakan unifom baru PASTI di Kota Bharu.

Sabtu, 24 April 2010

Sukan PASTI Syaidatina Aisyah

Kg Bukit Naga, 18 April: Pasti Saidatina Aisyah telah mengadakan Sukan Tahunan kali ke 11 di Dewan MBSA Seksyen 32, Kg Bukit Naga Shah Alam. Kehadiran ibu bapa dan pelajar amat menggalakkan sehingga mencecah lebih 500 orang. Majlis perasmian disempurnakan oleh YgBhg. En Buang bin Hj Ismail, Pengerusi JKKK Kg Bukit Naga. Sukan PASTI pada kali ini yang berkonsepkan 'indoor sport' bukan sahaja melibatkan murid-murid PASTI, namun lepasan pelajar Pasti, guru-guru, ahli jawatankuasa dan ibu bapa yang hadir juga turut bersama menyertai beberapa acara sukan yang diadakan. Majlis berakhir jam 2 petang dan disempurnakan penutupannya oleh Timbalan Pengarah PASTI Negeri Selangor, En Mohamad Rozi Malik. Di majlis ini juga, pengurus PASTI Saidatina Aisyah Tuan Hj Maskor Idris memaklumkna kepada ibu bapa bahawa satu tabung dana telah dilancarkan bagi membeli tanah tapak permainan bernilai RM80 ribu yang kini diizinguna oleh pemilik tanah kepada Pasti. Usaha ini perlu dilakukan sekarang khususnya bagi menambahbaikan pembangunan serta kelangkapan untuk memenuhi keperluan semasa.

Ibu bapa berpusu-pusu ke tempat berlangsungnya sukan di awal pagi lagi.


Kemeriahan Sukan PASTI amat dirasakan pada kali ini.

Khamis, 15 April 2010

Pesta Sukan PASTI Selangor pada 9 Mei 2010


Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor kembali lagi pada tahun ini dengan Kota Raja diberi kepercayaan sebagai tuan rumah pada 9 Mei 2010 di Kompleks Sukan Klang, Seri Andalas Klang, Selangor. Sebanyak 22 buah kawasan akan bertanding dalam acara sukan bola sepak dan bola jaring yang melibatkan 44 buah pasukan dari seluruh negeri Selangor. Pada tahun 2009 yang lalu, PASTI Kawasan Hulu Langat telah mengungguli perlawanan bola sepak dan PASTI Gombak pula johan dalam acara bola jaring yang diadakan gilang gemilang di Universiti Industri Selangor (Unisel) Kuala Selangor (link). Mampukah pasukan PASTI Kota Raja membawa pulang piala pusingan dalam genggaman Kuala Langat pada tahun ini? Kita nantikan di kejohanan ini nanti. Semua dijemput hadir 

Isnin, 29 Mac 2010

Sukaneka PASTI Jalan Kebun

28 Mac 2010, Sukaneka PASTI Nurul Hidayah dan PASTI At-Taqwa cawangan Jalan Kebun berlangsung meriah di Padang Masjid An-Naim Jalan Kebun. Seramai 120 murid PASTI telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan yang diadakan. Sambutan daripada kalangan ibu bapa juga amat menggalakkan dan mereka turut terlibat sebagai petugas sukan dan mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan.

Bacaan ikrar

Ibu bapa yang meraikan anak-anak PASTI

Pengacara Sukan, Ustaz Yusof penuh bersemangat


Sebahagian acara sukan yang dipertandingkan

Rabu, 24 Februari 2010

Ustaz Hambari Dalam Kenangan

Ustaz Haji Hambari bin Haji Nor telah kembali ke rahmatullah pada 21 Februari 2010 yang lalu ketika berusia 69 tahun kerana barah usus. Almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Kebun dan diiringi oleh ratusan sahabat handai dan kenalan. Almarhum adalah insan istimewa (link) yang banyak menyumbang kepada pembangunan PASTI Kota Raja terutamanya PASTI Syaidatina Aisyah Bukit Naga yang didirikan di tanah pemberian almarhum. Di atas jasa-jasanya itu, PASTI dan DPP Kota Raja telah menganugerahkannya 'Tokoh PAS Kota Raja" di majlis makan malam "PASTIku berAMAL" (link) pada 6 Disember 2009 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Al-fatihah...


Presiden PAS, YB TG Datuk Seri Hj Abdul Abdul Hadi Awang menyampaikan anugerah Tokoh PAS kepada Almarhum Ustaz Hambari.