Isnin, 3 Mei 2010

Skuad Kota Raja Sedia Amuk di Seri Andalas

Oleh Azman Mahusin

Skuad bola sepak dan bola jaring PASTI kawasan Kota Raja giat berlatih sebagai persediaan menentang apa juga pasukan yang akan dihadapinya pada aksi pembukaan Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor di Kompleks Sukan Klang, Seri Andalas ahad ini. 

Sekalipun bakal membuat perhitungan dengan pasukan yang paling digeruni, skuad Kota Raja yang diberi kepercayaan menggalas cabaran Selangor, sedia mencipta kejutan pada aksi mereka nanti.

"Persiapan yang kita lakukan menjelang perlawanan ini ialah untuk memastikan para pemain dapat mengekalkan corak permainan baik selepas pulang berlatih dari Kg Sungai Kandis.

"Saya mahu para pemain menanam sikap serius setiap kali turun beraksi dalam sesatu perlawanan," kata Pengerusi PASTI Kota Raja, Ryne Abdullah ketika dihubungi blog Pasti! di Seri Andalas pagi tadi.

Ryne menambah, beliau mahu anak-anak buahnya mempamerkan tahap keyakinan tinggi dalam setiap perlawanan selepas mereka mengharungi latihan lasak 3 hari mulai hari ini di Kg Sungai Kandis oleh jurulatih impot yang tak ternama dari Kandis River Utd.

Jurulatih memperkenalkan ternik terbaru yang akan mengelirukan pihak lawan

Latihan paling ekstrem!! Teknik 'Sholin Soccer' pun ada (seluar biru)

Membiasakan bermain atas padang keras

Latihan teknik angkat lutut



1 ulasan:

  1. Buka blog PASTI teringat pengorbanan Allahyarham Ust Hambari seperti yg Man tulis dalam perginya seorang pejuang dulu tu.

    Apa-apa pun teruskan kan perjuangan

    BalasPadam